Amat terkilan pabila mendapat tahu dari kawan sekeling kamu menyatakan "kamu tidak cukup bukti membuktikan bahawa kandungan kamu itu adalah anaknya , dan andainya adalah anaknya, mengapa orang yg kamu cintai tinggalkna kamu....adakah kamu sengaja mahu memburukan orang kerana rasa benci?"......saya amat terkilan.....begini rupanya status saya dalam fikiran kamu, ini rupanya anggapan kamu pada saya....yang kamu kenali selama ini....saya rasa amat sedih.....setelah apa yg telah kamu lakukan pada saya, tidak pernah pun saya rasa marah ataupun benci pada kamu....tergamaknya kamu fikirkan saya sebegitu....walaupun apa yg kamu lakukan cukup alasan utk saya rasa marah dan benci, ttp saya rasa hairan mengapa ia tidak berlaku....adakah kerana saya ni terlalu bodoh? Adakah kerana saya ni terlalu naif? Adakah saya masih tidak sedar diri? Tapi yang pasti, hati ini yang masih terlalu degil utk melupakan semuanya....kamu mengambil segalanya dari saya....kamu mengambil senyuman saya, gelak ketawa saya, kehidupan saya....kamu tinggalkan hanya kata2 janji kamu pada saya yang saya pegang dari kamu lafazkan hinggal kini....ini yang saya dapat kerana mencintai kamu selama ini. Ini yang saya dapat kerana saya menyerahkan segalanya yang saya sangkakan kita akan bersama jua...ini yang saya dapat kerana 'percaya' wujudnya cinta sejati.
Semua yg berlaku antara kita disuruh lupakan, disuruh jangan ingati....alangkah senangnya kamu menyatakannya...alangkah senangnya kamu menyatakan ia semua hanya ikut hati dan nafsu semata-mata....maka dgn itu kamu mahu saya lupakan segalanya seperti tiada apa2 yg pernah ada antara kita berdua...Itulah permintaan kamu dari saya...saya telah cuba....namun saya gagal....
Tapi jgn bimbang..akan saya tunaikan juga permintaan kamu terhadap saya...kerana selama ini mmg saya mahu lakukan yg terbaik utk kamu.
Permintaan kamu utk saya lupakan dan jgn ingati, akan saya tunaikan....akan saya tunaikan.....semuanya akan pergi bersama saya.....tidak akan adanya orang yg akan ingati ttg kita berdua....
Andai suatu hari tetiba kamu teringat ttg saya....letakkan diri kamu pada awal perkenalan kita berdua....dan kamu fukirkan keadaan saya masa kini..kamu akan tahu....bagaimana rasanya hati ini....hati kamu duduki ini.....
Terima kasih kerana ini pemberian kamu pada saya....ini yang saya dapat dari insan yg saya cintakan sepenuh hati selama ini hingga kini.....
No comments:
Post a Comment