Sayang...apa khabar? Sudah u makan? Sini hujan o skrg...saya baru sj balik dari lunch bersama collegue utk farewell saya. Esok adalah hari terakhir saya kerja di sini.
Sayang.....hari ini saya dapat dari e-bible, "Alkitab mengajarkan bahwa penderitaan adalah fakta universal (Rm. 8:18-22) dan khususnya menderita karena kebenaran adalah sebuah kebahagiaan (Mat. 5:10-11)."
Saya tertarik dgn firman ini walaupun saya tidak faham maksud tersiratnya.
Walaupun dia menyatakan yang saya menyusahkan u dan beranggapan saya sengaja mahu memburukan u kerana rasa benci dan marah...saya tidak akan rasa marah pada dia. Kerana dia tidak kenali dan memahami saya. Saya percayakan diri mu yang saya kenali tidak akan berfikiran saya seperti itu kan?
Itu bukan tujuan saya...kamu tahu kan?
Saya bukannya perempuan murahan kan? Kamu tidak pernah curigai ttg kesetiaan saya kan?? Kan?
Saya cuma insan yang pernah kamu kenali dan pernah kamu curahkan kasih sayang pada saya...dan hanya kerana saya masih cinta pada u...dan kerana hasil percintaan kita berdua....
U tau tak, tindakan u untuk tidak langsung tidak menghubungi saya sebenarnya adalah amat salah sekali. Ia bagaikan mengambil nyawa saya secara perlahan-lahan...tidak memberi ruang utk saya bernafas. Saya tidak pasti daripada kawan-kawan mana yang u dapat informasi bhw tidak menghubungi adalah spy tidak mahu menyakiti hati....
Ia tersilap....amat silap...kerana mereka tidak faham bagaiman kita pernah mengharungi bersama suka dan duka....tapi diri kamu sendiri amat tahu mengenainya....cuma apabila orang ramai di sekekeliling beri cadangan dari pengalaman mereka, kamu terikut....tapi u tidak terfikir yang mereka tidak pernah melalui spt yang pernah kita lalui...apa yang telah saya lakukan dan u lakukan untuk kita bersama....
Ataupuh mungkin juga u telah melupainya.....
Ataupun kamu menjadikan ia alasan kerana malas melayan diri ini?? Adakah ia macam itu? Tanya hati kamu sendiri...
Andai u membaca ini suatu hari nanti, cuba u merenung ke cermin , renung pada mata diri u sendiri hingga u nampak bayang-bayang u sendiri di mata dan dari mata hingga ke hati...u akan rasai dan nampak diri u sendiri yang asalnya....tanya hati u dgn mata u sendiri, bagaimana u melayan saya untuk apa yang berlaku hari ini?
Pertama kali kamu meninggikan suara kamu pada saya di telefon, pertama kali kamu tidak menjawab panggilan telefon saya, pertama kali kamu suruh saya jgn panggil kamu sayang, pertama kali kamu menjauhi saya pabila saya memegang kamu, pertama kali kamu tidak balas sms saya, pabila kamu suruh saya lupakan dan tidak ingati. Semuanya kamu lakukan kerana kamu mahu menjaga hati orang lain. Ini yang saya dapat kerana mencintai kamu 7 tahun?
Setelah ini semua kamu layan pada saya, U tidak nampak diri ini yang telah mencintai U selama 7 tahun,
yang telah percayai kamu selama 7 tahun.
Tetapi diletakkan sbg bahan pilihan utk kamu membuat keputusan...kamu tidak nampak kesanggupan saya menerima kamu dan bersama walaupun kamu biarkan hati kamu berubah, yang saya cuma minta spy kamu akan kembali dgn hati yang milik saya kembali. Ttp kamu terlalu memahami sikap saya....kamu berkali-kali buatkan saya untuk menyuarakan perpisahan & keputusan spt yg diingini....kamu ragui kesetiaan saya, kamu lebih percaya kata-kata kawan-kawan kamu, kamu meletakkan saya sbg bahan pilihan.
Semua kamu lakukan terlalu kejam terhadap saya kerana mahu menjaga hati si Dia. Pernah kamu terfikir hati saya? Hati ini yang mencintai dan mempercayai kamu selama 7 tahun. Dan ini yang saya dapat dari kamu?
Kini saya dipersalahkan kerana semuanya berlaku? Terima kasih....
Bila semua ini terjadi, kamu mahukan saya akur dan mahu saya lepaskan....kamu pasti tidak sangka saya tidak dapat melepaskannya kan? Kamu tidak sangka yang diri ini yang kamu kenali mencintai kamu sedalam ini kan?
Berpaling saja, kamu kini berbahagia bersama samping si dia. Spt tiada apa-apa yang pernah ada antara kita berdua....walaupun kita di bawah langit yang sama, tapi kamu kini menganggap tidak wujudnya lagi diri ini yang pernah kamu kenali....
Andai percintaan adalah suatu permainan, maaf....saya mengaku kalah dan tidak mahu terlibat dalam permainan ini...kerana cinta adalah sst yang amat berharga bagi saya...sekali lafaz....ia adalah abadi....dan ia hanya sekali saja hingga akhir hayat.....
Apa yang telah saya lakukan bukan mahu memburukan kamu , bukannya marah atau benci pada kamu...perasaan itu tidak pernah wujud pada saya utk dirimu....saya masih saya yang pernah kamu kenali 7 tahun yang lepas andai kamu masih ingatnya lagi. Saya sangkakan ia mungkin boleh dijadikan medium utk kamu mendapat perkembangan hasil percintaan kita berdua dan juga spy kelak "dia" tahu siapa kawan2 yang kamu kenali dan juga utk "dia" merapati asal usulnya. Itu adalah tujuan saya.
Setelah semua ini, dan ,mungkin masa u membaca ini, mungkin tiada lagi kewujudan diri ini yang pernah kamu kenali....di sini saya mahu berterima kasih kerana ini yang kamu berikan pada saya dan mahukan dari saya..."tidak mengingati, lupakan dan lepaskan"......ini saja yang mampu saya berikan yang terakhir dari saya...
Yang pastinya..saya tidak pernah menyesal kerana mencintai dirimu selama ini...dari dulu hingga kini....
Maafkan saya pernah katakan akan menunggu....nampaknya saya kena mungkir janji ini pada kamu.
Sehari demi sehari....kamu mengambil nyawa saya secara perlahan.....tidak rela saya teruskan lagi penderitaan ini....Maafkan saya ya.....namun permintaan kamu akan saya tunaikan....
No comments:
Post a Comment